Saturday 28 December 2013

Ilmu Dakwah Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar

Ilmu Dakwah Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar.
Keratan akhbar Kosmo edisi Selasa 23 Ogos 2011(Ilmu Dakwah Tuan Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar)
(Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)
Related searches: Syeikh Faisol Hj.Omar,Sheikh Faisol Haji Omar,Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar,Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar,Ustaz Syeikh Ahmad Faisol,Ustaz Sheikh Ahmad Faisol,Sheikh Fisol Haji Omar,Sheikh Ahmad Fisol Omar,Ustaz Sheikh Fisol

Latar belakang Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar 

Sekiranya berkelapangan,Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu,Kedah,Tuan Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar tidak jemu untuk memenuhi jemputan kenduri yang diterimanya.

   Di situ,anak kelahiran Kampung Padang Lumat,Gurun,Kedah itu mengambil kesempatan bertanya khabar dan beramah mesra dengan penduduk setempat.
   Namun dari hari ke hari,Tuan Syeikh Ahmad Faisol menyedari berlaku banyak kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang tuntutan dan larangan ketika mengadakan majlis kenduri.Tuan Syeikh Ahmad Faisol dapati banyak unsur maksiat yang sering berlaku ketika majlis kenduri.Oleh itu,beliau telah mengarang satu buku yang bertajuk"Kenduri:Syariat dan Adat" bagi panduan masyarakat islam untuk mengadakan majlis kenduri.