Sunday, 7 August 2022

Syeikh Faisol Hj Omar Terima Gelaran Dato' Daripada Sultan Kedah

Syeikh Faisol Hj Omar Terima Darjah " Dato' Setia DiRaja Kedah " (D.S.D.K) Yang Membawa Gelaran Dato' 
Setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Syeikh Ahmad Faisol bin Hj Omar (Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah) atas penganugerahan Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran " Dato' " sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah ke-80 pada 19 Jun 2022 bersamaan 19 Zulkaedah 1443H 




Dato' Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar hadir bersama isteri, Datin Cikgu Norhashimah Hj Ismail ke Istana Anak Bukit bagi menerima Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) daripada Tuanku Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman.
Turut hadir Yang Amat Berhormat Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah bagi menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (S.P.M.K) yang membawa gelaran Dato' Seri sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-80. 




Tuesday, 7 January 2014

Biodata Dato' Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar dan Gambar

Biodata Dato' Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar DSDK, SDK, AMK, BCK. (Pendakwah terkenal di Utara Malaysia)
Nama penuh: Ahmad Faisol bin Omar

Nama popular: Dato' Syeikh Faisol Hj Omar

Panggilan kehormat: Dato' 

Tarikh lahir: 2 Mac 1964 , 58 tahun (2022)

Tempat lahir & asal: Kampung Batu 16 Padang Lumat , Yan , Kedah.

Tempat tinggal sekarang: Alor Setar , Kedah .

Jawatan sekarang: Kadi Daerah Kota Setar, Kedah.

Jawatan: 
1) Guru sementara di Kedah, Penang, dan Negeri Sembilan semasa zaman bujang Tuan Syeikh (Sekitar tahun 1980-an)

2) Timbalan Kadi Daerah Kota Setar ( 1991-1992)

3) Kadi Daerah Padang Terap, Kedah (1992-1994)

4) Kadi Daerah Langkawi, Kedah (1994-1997)

5) Kadi Daerah Sik, Kedah (1997-1999)

6) Kadi Daerah Kulim dalam masa yang sama memangku jawatan sebagai KADI DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH (1999-2001)

7) Pegawai Dakwah Jabatan Agama Islam Kedah (2001- 2006)

8) Kadi Daerah Kubang Pasu, Kedah (2006-2014) 8 TAHUN

9) Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Kedah (2014-2017)

10) Kadi Daerah Kota Setar, Kedah (2017-sekarang)

Pekerjaan: Pegawai Hal Ehwal Islam , Penceramah Agama , Penulis Buku-buku Agama .

Tahun aktif: 1991 - sekarang

Terkenal di: Radio KedahFM, MutiaraFM, PerlisFM, PerakFM, LangkawiFM, Forum Perdana TV1, Buku-buku agama beliau, media sosial, Kadi terkenal kerana pernah menjadi Kadi hampir seluruh daerah di Kedah, dan sering kali menyampaikan ceramah di depan VVIP seperti Al-Marhum Tuanku Abdul Halim (Sultan Kedah), Yang di-Pertuan Pulau Pinang, TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj Abdul Rahman bin Hj Abbas, dan ramai lagi.

Media sosial: Faebook rasmi: Ahmad Faisol Omar Facebook page:Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar Instagram:@SyeikhFaisol_HjOmar

Darjah kebesaran:
 1)Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK)-2002
 2) Ahli Mahkota Kedah (AMK)-2004
3) Setia Diraja Kedah (SDK)-2016
4) Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) Yang Membawa Gelaran Dato' - 2022

Isteri: Datin Norhashimah binti Hj Ismail , 55 tahun (2022)

Anak-anak: 1) Wafa (1993)
                      2) Hana' (1994)
                      3) Ammar (1996)
                      4) Syifa' (1998)
                      5) Adam (2000)
                      6) Ahmad Munawwir (2001)
                      7) Muhammad Wafi (2006)

Adik-beradik: 10 orang ( Dato' merupakan anak pertama daripada 10 orang adik-beradik.

Pendidikan:   SK Padang Lumat (1971-1976)


                       SMA Taufikiah,Padang Lumat (PONDOK PAK YA) (1977-1980)


                       Maktab Mahmud Alor Setar (1981-1982)

                       SMA Wilayah Persekutuan(SMAWP) (1983-1984)

                        Universiti Al- Qarawiyin,Fes,Maghribi (1985-1989) 
                       Ijazah Sarjana Muda Syariah B.A ( HONS )


Gambar Dato' Syeikh Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar
( Dato' Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar )Related searches: Syeikh Faisol Hj.Omar , Sheikh Faisol Haji Omar , Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar , Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar , Ustaz Syeikh Ahmad Faisol , Ustaz Sheikh Ahmad Faisol , Sheikh Fisol Haji Omar , Sheikh Ahmad Fisol Omar , Ustaz Sheikh Fisol








Saturday, 28 December 2013

Ilmu Dakwah Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar

Ilmu Dakwah Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar.
Keratan akhbar Kosmo edisi Selasa 23 Ogos 2011(Ilmu Dakwah Tuan Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar)
(Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)
Related searches: Syeikh Faisol Hj.Omar,Sheikh Faisol Haji Omar,Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar,Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar,Ustaz Syeikh Ahmad Faisol,Ustaz Sheikh Ahmad Faisol,Sheikh Fisol Haji Omar,Sheikh Ahmad Fisol Omar,Ustaz Sheikh Fisol

Latar belakang Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar 

Sekiranya berkelapangan,Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu,Kedah,Tuan Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar tidak jemu untuk memenuhi jemputan kenduri yang diterimanya.

   Di situ,anak kelahiran Kampung Padang Lumat,Gurun,Kedah itu mengambil kesempatan bertanya khabar dan beramah mesra dengan penduduk setempat.
   Namun dari hari ke hari,Tuan Syeikh Ahmad Faisol menyedari berlaku banyak kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang tuntutan dan larangan ketika mengadakan majlis kenduri.Tuan Syeikh Ahmad Faisol dapati banyak unsur maksiat yang sering berlaku ketika majlis kenduri.Oleh itu,beliau telah mengarang satu buku yang bertajuk"Kenduri:Syariat dan Adat" bagi panduan masyarakat islam untuk mengadakan majlis kenduri.