Sunday 7 August 2022

Syeikh Faisol Hj Omar Terima Gelaran Dato' Daripada Sultan Kedah

Syeikh Faisol Hj Omar Terima Darjah " Dato' Setia DiRaja Kedah " (D.S.D.K) Yang Membawa Gelaran Dato' 
Setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Syeikh Ahmad Faisol bin Hj Omar (Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah) atas penganugerahan Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran " Dato' " sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah ke-80 pada 19 Jun 2022 bersamaan 19 Zulkaedah 1443H 




Dato' Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar hadir bersama isteri, Datin Cikgu Norhashimah Hj Ismail ke Istana Anak Bukit bagi menerima Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) daripada Tuanku Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman.
Turut hadir Yang Amat Berhormat Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah bagi menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (S.P.M.K) yang membawa gelaran Dato' Seri sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-80. 




No comments:

Post a Comment